Friday, November 27, 2009

SALAM EID-UL ADHA

Alhamdulillah.....24 Nov yang lalu tamat sudah kursus penyedia makanan yang saya ikuti selama 5 bulan di SEGI Training Centre South City Plaza, Seri Kembangan.Selama 5 bulan saya menjadi pelajar sepenuh masa dan projet cendawan saya buat sebagai part time.Mujur ada insan-insan dibelakang tabir yang banyak membantu dan memberi sokongan.Kini,setelah tamat kursus dengan jayanya(jayanya?)saya boleh tumpukan kembali perhatian pada projet cendawan yang agak terabai selama 5 bulan lalu...



 SEGI Training Centre
Seri Kembangan

Kenapa tanam cendawan tapi ambil kursus penyedia makanan?nak jadi cheff ke?macam takde kena mengena je...soalan standart yang rakan-rakan akan tanya bila diberitahu perkembangan terkini.Saya pun sebenarnya tak pasti macam mana boleh terjebak pulak dalam bidang masak memasak ni....setelah mendapat tawaran dari pihak SEGI, saya terus terima.Rasa berminat untuk mengetahui tentang masakan tu memang ada sebab sebelum ni saya hanya tahu masak 2 menu standart orang bujang je iaitu telur goreng N maggie...


Sekarang dah pandai masak bukan setakat maggie dan telur sahaja...
Menu diatas ialah Potato salad,French Onion Soup,Chicken Chop with mushroom sauce & Pancake with mixed fruit.


Rasa kekok juga diawal kursus sebab kebanyakan rakan-rakan pelatih yang lain memang datang dari bidang penyediaan makanan ni.Mereka dah ada asas dan hendak menambahkan lagi ilmu dan kemahiran yang ada.Sedangkan saya baru terkial-kial nak mengenali apa itu capsicum,romaine lettuce,dijorn mustard,paprika,sirloin(daging batang pinang),tenderloin(daging harimau menangis) dan banyak lagi lah yang saya tak tahu.itu belum masuk lagi bab perkasas untuk memasak seperti chinnois,spatula,leddle,colander,chef knife dan berbagai-bagai lagi.
Itu belum lagi bab term-term yang digunakan seperti saute,al dente,brunoise,julienne,paner dan bermacam-macam lagi....term-term yang digunakan adalah dari bahasa perancis.Kesimpulannya, memasak ni bukanlah semudah yang disangkakan....bukan macam rancangan masakan yang kita tengok dalam tv tu,campak-campak je bahan dalam kuali pastu siap...tidak semudah itu.Perlu ada ilmu dan kemahiran untuk memasak.


Thanks You Cheff..
Cheff Idzuan Azizi



Gambar bakal-bakal cheff

Disini saya senaraikan apa yang telah saya pelajari sepanjang kursus berkenaan :
  • Tropical Treat (Fruit Juice)
  • Mango Cruch (Fruit Juice)
  • Breath Freshener (Vegetable Juice)
  • Cloudy Day (Vegetable + Fruit Juice)
  • Fried Eggs
  • Omelet
  • French Toast
  • Poached Eggs
  • Scrambled Eggs
  • Boiled Eggs
  • Nasi Lemak
  • Bouquet Garni
  • Sachet d' epice
  • White Stock/Chicken Stock
  • Fish Stock
  • Vegetable Stock
  • Brown Stock/Beef Stock
  • Chicken Soup
  • Caesar Salad
  • Chef Salad
  • Potato Salad
  • Waldorf Fruit Salad
  • Mayonaise
  • Bubur Lambuk
  • Teochew Porridge
  • Mee Goreng Mamak
  • Char Kue Teaw
  • Bihun Goreng Singapore
  • Mexican Potato Crust
  • Braised Siew Pak Choy with Oyster Sauce
  • Bendi Bhujia
  • Kangkung Goreng Belacan
  • Chicken Chop with Mushroom Sauce 
Menarik tak menu-menu di atas? Itu baru pelajaran level 1,berikut adalah senarai bagi level 2 pulak :
  • Fish Terrine
  • Salmon Steak with Tomato Sauce
  • American Breakfast
  • Continental Breakfast
  • Double Beef Consomme
  • Prawn Bisque
  • Fresh Onion Soup
  • Stuffed Squid Braised with tomatoes
  • Sirloin Beef sauteed with Mushroom
  • Crayfish Canapes
  • Cold Poached Salmon Slices
  • 5 Mother sauce - Voloute, Bechamel,Tomato Sauce, Espangnole,Hollandaise
  • Kuah Kacang
  • Kuah Lodeh with Sambal
  • Compressed Rice
  • Mee Rebus
  • Mee Kari
  • Mee Hoon Soup
  • Laksa
  • Pasta e Olio
  • fettucine Carbonara (Cream Sauce)
  • Butter Prawn
  • Beef Steak with black Papper Sauce
  • Coleslow
  • Sardine tartlet
  • Doughnut
  • Fruit Tartlet
  • Pizza
Semua jenis makanan yang disenaikan diatas, saya telah berpeluang untuk buat dan rasa.Bukan setakat rasa sahaja sebab selepas kelas praktikal, kami kena clearkan(ke dalam perut) apa yang telah kami masak.





0 comments: